MAKLUMAN

ANUGERAH DESA CEMERLANG KEBANGSAAN 2012

Sabtu, 7 Julai 2012

INFO PENDUDUK KG.GEDOK


Info Penduduk Kg. Gedok

Bilangan Penduduk:
257 orang

Bilangan Keluarga:
90 keluarga

Lelaki: 104 orang
Perempuan: 153 orang

LOGO KG GEDOK


LOGO KAMPUNG GEDOK



Warna Putih
Melambangkan Kesucian

Bentuk Bulat
Melambangkan Persepakatan yang wujud antara penduduk di Kg. Gedok

Simbol Perindustrian
Melambangkan perkembangan Industri dan Teknologi di Kg. Gedok

Rumah Minangkabau
Melambangkan Adat Pepatih kuat diamalkan di Kg. Gedok

Simbol Pokok
Melambangkan kawasan pertanian

Buah Padi & Bunga Padi
Melambangkan tanaman asal Kg. Gedok

Warna Merah, Biru, Kuning & Hijau
Melambangkan perpaduan

SEJARAH KG GEDUK



SEJARAH ASAL USUL KG. GEDOK

Kampung Gedok dipercayai mendapat namanya dari deruan air sungai yang mengalir sambil berbunyi hantukan batu yang menghasilkan bunyi “duk” dan “guduk”.Melalui cerita yang disampaikan dari satu generasi ke satu generasi , terdapat empat bersaudara dari tanah sumatera yang mula merantau ke semenanjung Tanah Melayu ini melalui Melaka. Seorang dari mereka membuka Macap di Melaka dan dikenali sebagai Tok Macap. Seorang lagi membuka Nyalas dan dikenali sebagai Tok Gudah. Seorang lagi membuka Kampung Jelawai , Gemencheh dan dikenali sebagai Tok Jelawai dan tokoh yang membuka Kampung Gedok ini ialah seorang perempuan yang bernama Mbah Mas atau dikenali sebagai Tok Gedok.
Kampung ini mula mengorak langkah untuk membangun dengan perlantikan seorang penghulu di awal tahun 60an lagi selaras dengan sarranan oleh pihak kerajaan. Ketua Kampung Gedok yang pertama ialah En. Ibrahim Bin Mansor.

Rabu, 4 Julai 2012

KEBERSIHAN DAN KESIHATAN KG GEDUK

AHLI JAWATAN KUASA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

PENGERUSI
PN. KHALSOM RASHID

AJK

PN NORHAYATI BT ALI

AJK

PN NORAESAH HJ ISHAK

AJK

PN NORLIN BT HASYIRU

AJK

PN SYAKILA

PENDIDIKAN KG GEDUK

AHLI JAWATAN KUASA BIRO PENDIDIKAN KG GEDUK

PENGERUSI 
PN RUHAIZAN BT ABD SAMAT
                                                                                 

AJK 

PN ROSNAH BINTI ABDULLAH

AJK

PN. KHAIRUNISA PAHIM

AJK

PN NORLIN HASYIM





Biro Pendidikan Kg Gedok

     Biro pendidikan Kg Gedok  menyokong  usaha kerajaan   untuk menyemarakkan aspirasi negara dalam usaha melaksanakan transformasi  ke arah melahirkan modal insan berprestasi tinggi.  Transformasi kepada aspek pendidikan  perlu dilaksanakan bagi melahirkan generasi  yang mampu berfikir dan mempunyai kelebihan mengadaptasi ilmu bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang samada di dunia dan akhirat.
     Kampung Gedok menyokong usaha kerajaan dan seiring dengan itu biro pendidikannya telah melakukan beberapa transformasi pendidikan samada pendidikan secara formal ,In Formal dan  Non formal.

VISI DAN MISI BIRO PENDIDIKAN
KG GEDOK



VISI
Kampung Gedok  Unggul Penjana Generasi Terbilang.


MISI
Membangunkan bakat dan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti










EDITOR BLOGGER KG GEDUK

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA

PEMBUKA BICARA, SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK JKKK KG GEDUK KERANA MENGIZINKAN SAYA MENCIPTA DAN BERKARYA DI DALAM BLOG KG GEDUK INI.SESUNGGUHNYA KEJAYAAN MENCIPTA BLOG INI, MERUPAKAN BEKAS KEAZAMAN SERTA USAHA JKKK KG GEDUK YANG BERINOVASI TINGGI DAN AMAT SAYA KAGUMI

SYABAS DIUCAPKAN KEPADA ANGGOTA EDITOR YANG TELAH BERKORBAN MASA DAN TENAGA BAGI MENGHASILKAN BLOG YANG BEGITU ISTIMEWA. BLOG INI TELAH MENGAMBARKAN SEMANGAT SETIAP WARGA KG GEDUK BAGI MEMBURU KECEMERLANGAN DALAM SETIAP ASPEK.

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAKAPKAN SETINGGI TINGGI PEGHARGAAN KEPADA SEMUA PENDUDUK KG GEDUK YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN . SESUNGGUHNYA JASA KALIAN AKAN SENTIASA DIKENANG.

SAYA SELAKU KETUA EDITOR BERHARAP AGAR BLOG INI AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA. USAHA GIGI WARGA KG GEDUK AKAN DAPAT MENINGKATKAN DAN MERTABATKAN KG GEDUK KEPERINGKAT YANG LEBIH BERPRESTASI TINGGI.

SEKIAN TERIMA KASIH
ZUNNURAIN ZOL

KETUA EDITOR
SITI ZUNNURAIN BINTI ZOL
DIPLOMA OF ELECTRIC ELOCTRONIC MERIN






PENOLONG KETUA EDITOR
EN. ZOL BIN SAMSUDIN
SETIAUSAHA JKKK KG GEDUK




                                                                       
                                                                           

                                                                         
SEKIAN TERIMA KASIH




KEMUDAHAN ASAS KG GEDUK

Tadika (Pra sekolah) : 1 buah
Sekolah rendah : 1 buah
Pusat Tuisyen : 1buah
Surau : 1 buah
Balairaya : 1 buah
Klinik Desa : 1 buah
Hentian Bas : 4 buah
Pondok polis: 1 buah
Gelanggang Futsal : 1 buah
Tanah perkuburan : 2 buah
Pili Bomba:  4 buah
Padang Futsal: 1
Perpustakaan Desa : 1
Talefon  Awam : 1
Menara Telekomunikasi : 1
Masjid : 1 buah


PADANG FUTSAL

\
SURAU KG GEDUK

PUSAT TUSYEN


MASJID KG GEDUK

TANAH PERKUBURAN