MAKLUMAN

ANUGERAH DESA CEMERLANG KEBANGSAAN 2012

Sabtu, 7 Julai 2012

SEJARAH KG GEDUK



SEJARAH ASAL USUL KG. GEDOK

Kampung Gedok dipercayai mendapat namanya dari deruan air sungai yang mengalir sambil berbunyi hantukan batu yang menghasilkan bunyi “duk” dan “guduk”.Melalui cerita yang disampaikan dari satu generasi ke satu generasi , terdapat empat bersaudara dari tanah sumatera yang mula merantau ke semenanjung Tanah Melayu ini melalui Melaka. Seorang dari mereka membuka Macap di Melaka dan dikenali sebagai Tok Macap. Seorang lagi membuka Nyalas dan dikenali sebagai Tok Gudah. Seorang lagi membuka Kampung Jelawai , Gemencheh dan dikenali sebagai Tok Jelawai dan tokoh yang membuka Kampung Gedok ini ialah seorang perempuan yang bernama Mbah Mas atau dikenali sebagai Tok Gedok.
Kampung ini mula mengorak langkah untuk membangun dengan perlantikan seorang penghulu di awal tahun 60an lagi selaras dengan sarranan oleh pihak kerajaan. Ketua Kampung Gedok yang pertama ialah En. Ibrahim Bin Mansor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan